Kolonel (United Kingdom)

Kolonel
Colonel

Tanda pangkat
Tentera Darat
Tanda pangkat
Marin Diraja
Negara
United Kingdom
Cabang perkhidmatan Bendera Tentera Darat United Kingdom Tentera Darat Britain
Marin Diraja
Kumpulan pangkat Pegawai medan
Singkatan Col
Diperkenalkan Pertengahan abad ke-16
Persamaan
NATO
OF-5
Pangkat tinggi seterusnya

Brigedier

Pangkat rendah seterusnya

Leftenan Kolonel

Persamaan pangkat tentera laut Kepten (RN)
Persamaan pangkat tentera udara Grup Kapten (RAF)

Kolonel (Colonel) ialah sejenis pangkat kanan Tentera Darat British dan Marin Diraja, berada dibawah Brigedier, dan di atas Leftenan Kolonel. Kolonel British biasanya bukan komander medan; lazimnya mereka berkhidmat sebagai pegawai staf antara pemerintahan medan di peringkat batalion dan briged. Tanda pangkat bahu ialah dua paku berbentuk berlian (dipanggil "Bintang Bath") dibawah satu mahkota. Mahkota berbeza-beza pada masa lalu dengan raja-raja yang berlainan; pemerintahan Ratu Elizabeth II menggunakan Mahkota St Edward. Pangkat ini bersamaan dengan Kepten dalam Royal Navy dan Grup Kapten dalam Royal Air Force.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search